Teka teki Imam Ghazali



1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang.

LaluImam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran. Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'raf 179 )

4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?" 

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?"

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan.

Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...


Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


Al-Fatihah...Suatu Pembukaan

Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUM YA AKHI YA UKHTI,
      Blog sahabat J0, blog buat sahabat-sahabat yang tercari-cari cahaya ataupun orangkata panduan buat menjalani kehidupan seharian,samaada sebagai seorang student,buruh mahupun penganggur(bertauliah).

      Tidak lupa buat sahabat di luar sana yang banyak memberi sokongan dan dorongan yang mana ianya amat berharga sehingga lahirnya blog "Sahabat J0" ini. Kenapa Sahabat Jo?tidak sahabat Anda,sahabat Enta,sahabat Malik dan sebagainya? Ini kerna banyak makna tersirat di sebalik apa yang tersurat selain situasi ataupun "wakiq"(selalu disebut oleh sahabat saya sejak beliau ada fikrah:P) yang tidak membolehkan saya menerangkan maksud lebih lanjut makna disebalik "Sahabat Jo".

      InsyaAllah blog ini bakal dicoreti oleh beberapa penulis yang berbeza di mana ianya terdiri daripada sahabat dan sahabiah saya yang belajar di universiti lain.Jika terdapat sebarang kesilapan atau kemusykilan daripada ap yang di'post' di blog ini harap dapat rujuk kepada yang lebih profesional lagi berilmu,kerna kami hanyalah penulis-penulis jalanan lagi amatur serta cetek pengalaman malah banyak kekurangannya..[(~_~)].

      Di kesempatan ini ingin saya mengambil peluang untuk sama-sama mengingatkan sahabat-sahabiah sekalian agar jadilah anda insan yang berguna untuk diri,keluarga,masyarakat,dan dan yang terpenting adalah demi agama iaitu ISLAM. Sama-samalah muhasabah diri di samping sentiasa mensyukuri nikmat Illahi,di kala wabak H1N1 yang melanda yang mana Allah telah berfirman dalam surah Ibrahim ayat ke-7, 

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" 

     

    Akhir tulisan,ambillah mana yang baik,tinggalkan di sini mana yang kurang baik.Moga kalian sentiasa di bawah naungan dan rahmatNya bersama nikmat Iman dan Islam,InsyaAllah.

Ameen.

                 

Murnikan Fikrah Perjuangan..






Memurnikan Fikrah Perjuangan..

Kekeliruan dan kecelaruan fikrah yang dialami oleh pemimpin dan anggota sebuah gerakan Islam adalah suatu penyakit kronik yang mengakibatkan berlakunya salah faham terhadap perjuangan dan matlamatnya.. Seringkali tindakan yang diambil oleh pemimpin dan anggota tidak berasaskan kefahaman yang jelas dan tepat.. Kesannya, menghasilkan natijah yang tersasar dari matlamat yang murni..

Lebih malang lagi sekiranya salah faham itu membentuk satu manhaj perjuangan ataupun disebut tindakan dalam berjuang yang salah kepada para pejuang.. Sedang mereka merasakan itu adalah suatu yang benar.. Akhirnya, mereka berjuang di atas landasan yang salah untuk tujuan yang salah.. Natijahnya, akan bercampur di antara haq dan yang batil.. Sedangkan Islam itu merupakan Ad Deen yang memisahkan perkara haq dan kebatilan..

Berlakunya sentimen-sentimen masalah dalaman di dalam mana-mana gerakan, seperti pergolakan dalaman antara para pejuang, krisis kefahaman, egois, gejala futur , perselisihan pemikiran dan menjauhkan diri daripada perjuangan semuanya berkait rapat dengan nilaian kefahaman fikrah perjuangan..

Peri pentingnya, proses petarbiyahan untuk membina kefahaman dan kesedaran untuk bertaut pada tali Allah s.w.t seperti yang disebut di dalam Surah Ali ‘Imran ayat 103..

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu”

Perlunya kita merungkai krisis kefahaman ini.. Agar, kekeliruan dan kecelaruan dapat diatasi dan kembali meletakkan para pejuang di atas landasan yang benar bersama misi dan visi yang tepat.. Keperluan untuk membetulkan kesalahfahaman ini amat penting untuk mengelakkan masalah-masalah lebih besar timbul yang akan membantutkan proses mendaulahkan Islam.. Terutamanya asas yang pertama dalam perjuangan yakni petarbiyyahan dan pengkaderan..

Saidina Umar Al Khattab r.a pernah menegaskan “Fahamilah olehmu (akan perkara agama dan urusan kepimpinan atau perjuangan) sebelum kamu dipilih menjadi pemimpin.”

Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah bersabda “ Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t kebaikan, nescaya Dia diberi faham tentang agama.”riwayat bukhari dan muslim..

Secara mudahnya, untuk mengembalikan kefahaman yang tepat dan jitu memerlukan beberapa tindakan untuk memurnikan kembali fikrah para pejuang.. Namun dikesempatan penulisan ini, penulis cuba menfokuskan langkah pertama yang wajib dihadam untuk difahamkan.. Hal ini kerana, perkara pertama ini merupakan akar atau tunjang yang akan melunaskan cambahan dahan pohonan perjuangan untuk menghasilkan pokok perjuangan yang soheh yakni Memahami Matlamat Akhir Perjuangan..

Matlamat akhir perjuangan yang ingin kita capai ini ialah Allah s.w.t.. Segala yang kita lakukan tidak boleh didorong oleh perkara selain dari Allah s.w.t termasuklah kepentingan peribadi, wanita, keegoan diri dan selain daripada matlamat sebenar kerana kelak menjadikan kita menyeleweng dari petunjuk Ilahi..

“Dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutinya dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan yang lain kerana kelak akan menyelewengkan kamu dari jalan Allah s.w.t.” Surah al-An’am ayat 153

Apabila kita benar-benar memahami bahawa matlamat akhir kita ialah Allah s.w.t, maka kita akan memiliki jiwa yang optimis terhadap kemenangan Islam dan hati yang tenang sekalipun berhadapan dnegan cabaran yang getir, lantaran tawakkal yang kukuh berpaut kepada Allah s.w.t..

Allah s.w.t sebagai matlamat akhir perjuangan ini pasti meletakkan kita ikhlas dan tajarrud dalam perjuangan demi mencapai nilai dan standart tawajjuh (mengharapkan redha Allah s.w.t) kepada Allah s.w.t.. Tidak akan berlakulagi pergelutan dingin untuk merebut jawatan kerana hubbur riyaasah atau gila pangkat/jawatan atau berasa resah dan penat sehingga mahu menarik diri dari medan perjuangan yang serba mencabar ini..

Sebaliknya, akan timbul kebanggaan dan puas dengan apa sahaja yang dilakukan untuk Islam ini, sekalipun hanya menjual kerepek dan mengedarkan handbill lantaran matlamat akhirnya ialah Allah s.w.t.. Hal ini kerana memahami segala tindak yang dilakukan diyakini dengan pembalasan ganjaran yang bernilai daripada Allah s.w.t

Sebagai akhirnya, ingin dinukilkan kembali slogan perjuangan yang sering kita sebut dan laungkan yang mana seakan ianya diabaikan oleh para pimpinan dan anggota..

Allah sebagai Matlamat
Ar Rasul sebagai Ikutan
Al Quran sebagai Perlembagaan
Al Jihad sebagai Jalan Perjuangan
Mati Syahid di atas Jalan Allah sebagai cita-cita Tertinggi

Rujukan : Bingkisan Fikrah Untuk Pejuang
Al Fadhil Ustaz Nasrudin Hj Hassan At Tantawi
Penulis : Perjalanan Hamba

Buat Sahabats..


Tika wajah penat memikirkn dunia, maka berwudu'lah,

Tika tangan letih menggapai cita-cita,maka serulah "ALLAHUAKABAR",

Tika bahu tiada kuasa memikul amanah,maka bersujudlah,

Ikhlaskn semuanya dn dekati Allah SWt,

Agar tunduk di saat yang lain angkuh

Agar teguh di saat yang lain runtuh

Agar tegar di saat yang lain terhampar......