*Pemimpin Remote Control

TOLONG JANGAN BAWA BUDAYA MEREKA KE DALAM JEMAAH ISLAM INI!!!!!

Budaya kepimpinan UMNO merupakan penyakit yang serius.. Ianya perlu dibendung dalam diri setiap kepimpinan dan ahli jemaah, khususnya jemaah kampus.. Sekiranya ia semakin menular di dalam diri pimpinan dan ahli jemaah kampus.. Maka, kepincangan yang besar akan mengherot perjalanan dakwah dan tarbiyah menjadi terbantut dan tidak mencapai matlamat..


Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS sendiri pernah mengecam sikap Bekas Presiden UMNO.. Pak Lah yang disifatkan sebagai “Pemimpin Remote Control” lantaran sewaktu tragidi Johor dilanda banjir sewaktu tahun 2008 di bawah pimpinan Pak Lah.. Beliau hanya menjadi “Pemimpin Remote Control” yang melihat nasib rakyat dari jauh..


Pak Lah tidak hadir melihat nasib rakyat dan membantu rakyat. Sebaliknya keluar Negara untuk hanya untuk merasmikan kedai nasi kandar abangnya diluarnegara.. Pak lah menyeru rakyat supaya “berkerja bersama saya” tetapi dia tidak menujukkan komitednya kepada rakyat..


Sewaktu rakyat memerlukan pemimpin untuk melihat nasib mereka.. Memerlukan pemimpin yang dapat bekerja untuk rakyat.. Pak lah hanya memandang dari jauh dan menunggu laporan daripada orang bawahan.. itupun sekadar melepaskan batuk ditangga.. Disiarkan dalam media bahawa Pak Lah begitu ambil berat terhadap rakyat sedangkan tiada apa-apa yang dia dilakukan..


Penyakit “Pemimpin remote control” merupakan masalah yang bahaya sekiranya ia mula tertanam di dalam diri pimpinan dan ahli jemaah kampus.. Akan mula timbul banyak permasalahan yang menyebabkan ketidakstabilan gerakan islam kampus..


Apa contoh yang dapat diambil contoh?. Antaranya, Bersuara ataupun berlagak seakan mengambil berat kondisi jemaah.. Bertanya khabar seakan mengambil berat dan membentangkan perjalanan dakwah dan tarbiyah yang dilunaskan dengan seadanya.. Namun, apa natijahnya suara itu untuk merialisasikan halatuju jemaah yang diputuskan di dalam Syura.. Tiada kesan kepada perkaderan dan pertabiyah lantaran lari tujuan niat gerak kerja..


Kepincangan ini bukanlah boleh disebut dengan dakwat yang tertulis di kertas.. Tetapi, penyakit “Pemimpin Remote Control” ini dapat dikesan dengan mulanya kelihatan kecacatan terbit pada prestasi seseorang individu yang boleh dinilai daripada gerak kerja yang telah diamanahkan..


Budaya UMNO ini sekiranya mula meracuni kepimpinan jemaah.. Gerak kerja menjadi semakin perlahan.. Berbagai alasan untuk tidak mahu memikul amanah.. Begitu juga komitmennya dengan jemaah.. Setiap aktiviti jemaah pasti akan timbul alasan untuk mengelak.. Hingga tidak dapat membezakan antara wasilah dan jemaah..


Adapun gerak kerja yang dijalankan sekadar melepaskan batuk di tangga.. Program-program yang dijalan hanya sekadar melengkapkan taqwim jemaah sebagai bekal untuk dijadikan modal sekiranya diserang di dalam perbincangan ataupun Muktamar.. Proses pengkaderan dan pertarbiyahan ahli semakin berkurang.. Adapun yang istiqamah, kefahaman terhadap jemaah masih baru dan memerlukan banyak lagi bimbingan lantaran kesan tarbiyah yang bergerak perlahan..


Lebih malang lagi sekiranya penyakit “pemimpin remote control” ini memberi kesan kepada diri pimpinan dan ahli jemmah itu sendiri..Semakin lama, semakin hilang muka pimpinan jemaah kampus untuk hadir ke kuliah-kuliah asas dan haraki.. Natijahnya, keinginan untuk melunaskan amanah semakin hilang dan merasakan kewajiban yang dipikul hanyalah sampingan..



Wahai Pimpinan dan Ahli jemaah Sekelian.. Ingat peringatan keras daripada Allah s.w.t kepada para pejuang Islam di dalam Surah Al An’aam ayat 157..


" Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhanmu, petunjuk dan rahmat. Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya? Kelak Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat Kami dengan siksa yang buruk, disebabkan mereka selalu berpaling.”


Sebagai akhirnya, marilah kita sama-sama memuhasabahkan diri dan bertaubat kepada Allah s.w.t.. Semoga kita terus istiqamah..

terima kasih..

UMNO Parti Bida'ah Dholalah..


ANTARA PARTI ISLAM YANG HAQ DAN BATIL!!!!!!

UMNO Parti Bidaah Dholalah: Lawan UMNO dapat Pahala


Jika di kembali ke 20 tahun yang lalu, kalimah “Bidaah” jarang kedengaran dan di bincangkan dikalangan umat Islam di Negara ini. Di sebabkan perkembangan akademik keilmuan Islam sudah menjejakkan kaki di Negara ini, maka kedengaran perbincangan yang dinamakan sebagai “bidaah” itu sudah mula di perhebatkan.Jika dahulu, kalimah bidaah selalunya di pandangan sesuatu yang sinonim dengan kelompok manusia yang di lebelkan sebagai “Wahabi”.


Walaubagaimanapun, kalimah Bidaah bukan sahaja di kemukakan oleh golongan yang didakwa “wahabi” tersebut, tetapi kalimah bidaah ini sememangnya telah di sebut oleh Nabi SAW sendiri.


Dalam satu Hadith, berkata Al-‘Irbadh : Satu hari, Nabi SAW menunaikan solat subuh bersama kami, kemudian Nabi berpaling kearah kami dan memberi pesanan kepada kami yang boleh mengalirkan air mata dan menggementarkan hati. Berkata seseorang; Wahai Rasulullah!! Pesanan ini seakan-akan pesanan penghabisan, lalu berkata Nabi SAW yang bermaksud;
“Aku wasiatkan kepada kamu dengan ketaqwaan kepada Allah, dengar dan taatlah walaupun kepada hamba habsyi sekalipun. Maka sesungguhnya barangsiapa yang hidup dikalangan kamu (umur panjang), nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka hendaklah kamu berada atas sunnahku dan sunnah khulafa’ ar-rasyidin yang mendapat hidayah. Berpegang kuatlah kamu dengannya dan gigitlah dengan geraham kamu. Hendaklah kamu jauhi dari perkara-perkara baru, maka sesungguhnya setiap perkara baru adalah Bidaah dan tiap-tiap bidaah adalah sesat
[1]”


Hadith ini menjadi bukti bahawa, perkataan bidaah bukanlah satu perkataan mainan yang sengaja dimain-mainkan oleh golongan agamawan, tetapi kalimah ini telah di kemukakan oleh Rasulullah SAW, yang semangnya bercakap tidak mengikut kehendak hawa nafsu, tetapi berdasarkan wahyu yang diutuskan kepadanya.
Firman Allah yang bermaksud;


“dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya * Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)”
(Surah An-Najm : 3-4)


BIDAAH DAN PERBINCANGANNNYA


Perbincangan bidaah adalah satu perbincangan yang amat menarik. Perbincangan ini menarik sekiranya di nukilkan ulasan-ulasan dari kitab-kitab yang muktabar.


Dari perbincangan ini, kadangkala menyebabkan kita boleh menilai pandangan beberapa orang ulama bagi menyatakan ianya mempunyai pandangan yang keras atau toleransi.


Penilaian ini dapat di buat, sekiranya perbincangan bidaah itu berkisar di kawasan bidaah yang di bawah ketagori furu’iyyah.


Adapun perbincangan bidaah yang dibawah ketagori “usuliyyah”, tidak ada pernilaian di antara pendapat yang keras dan toleransi.


TAARIF BIDAAH


Pelbagai ta’rif atau definisi yang telah dinyatakan oleh ulama berkaitan dengan bidaah. Di sini, penulis mengemukakan satu definisi yang “jami’ wa mani’” yang selalu menjadi hujjah dikalangan ulama usul, iaitu definisi yang telah di kemukakan oleh Imam As-Syatibi di dalam kitabnya yang bertajuk “al-I’tisam”


Beliau mendefinisikan bidaah adalah seperti berikut;


“Bidaah adalah jalan didalam agama yang direka cipta, menyerupai syariah, diqasadkan melalui jalannya seperti yang diqasadkan kepada jalan syariah[2].


Dari definisi ini, difahami bahawa bidaah yang di sebut didalam perbahasan Islam adalah bidaah yang berkaitan dengan perkara agama.


Ulama-ulama salaf dan khalaf membuat pelbagai perbahasan didalam perkara bidaah, sehinggakan ada dari kalangan mereka telah membuat pembahagian terhadap bidaah tersebut.


PEMBAHAGIAN BIDAAH


Muhammad bin Ahmad bin Muhammad Abdus Salam Khadar As-Syuqairi Al-Hawamidi, Pengasas Persatuan salafiyyah di negeri Hawamidiyyah, semenanjung Giza , Mesir telah menyatakan didalam kitabnya yang bernama “As-Sunan Wa Al-Mubtadi’at” bahawa bidaah itu terbahagi kepada dua, iaitu bidaah yang berbentuk keagamaan dan berbentuk keduniaan.


Bidaah yang berbentuk keduniaan adalah perkara yang berkaitan dengan maslahat kehidupan, seperti menaiki kereta, motosikal dan sebagainya.


Bidaah sebegini diizikan oleh syarak untuk di amalkan, selama tidak mendatangkan mudharat.
Firman Allah yang bermaksud;


“perbuatlah kebaikkan, supaya kamu mendapat kemenangan.”
(Surah Al-Haj : 77)


Sabda Nabi SAW yang bermaksud;


“Barangsiapa yang menjalani didalam Islam akan jalan yang baik, maka baginya pahala[3]”
Adapun Bidaah di dalam perkara keagamaan itu terbahagi pula kepada empat, iaitu
[4];


(a) Bidaah mukaffarah (yang menjadikan pembuatnya menjadi kafir), seperti menyeru dengan nama yang lain dari Allah didalam berdoa.


(b) Bidaah muharramah (bidaah yang menjadikan pembuatnya menjadi berdosa), seperti menjadikan kubur sebagai masjid, sembelih dengan nama yang lain daripada nama Allah dan sebagainya.


(c) Bidaah mahruhah tahriman (bidaah yang makruh yang lebih cenderung kepada haram), seperti solat zohor selepas dari solat jumaat dan sebagainya.


(d) Bidaah makruhah tanzihan (bidaah yang makruh yang lebih cenderung kepada harus), seperti doa awal dan akhir tahun, bersalaman selepas dari solat dan sebagainya.


Daripada perbahasan inilah, Muhammad bin Ahmad al-Hawamidi menyatakan, inilah yang dimaksudkan dengan kata-kata Imam As-Syafii yang bermaksud;


“Bidaah itu ada dua bidaah, iaitu bidaah yang di puji dan bidaah yang di keji. Sesuatu yang menyamai sunnah, maka ia adalah bidaah yang di puji, dan yang menyalahi sunnah, maka ia adalah bidaah yang di keji[5]”


Iaitu, bidaah yang dipuji adalah bidaah yang berkaitan dengan perkara keduniaan. Adapun bidaah yang berkaitan dengan perkara keagamaan, ianya di bawah ketagori bidaah yang dikeji.


AGAMA DAN BIDAAH


Agama mengikut kata asalnya adalah susunan dua kalimah “farsi” yang memberi maksud “tidak kacau”.


Adapun agama didalam bahasa melayu adalah terjemahan dari Bahasa Arab iaitu “ad-Din”.
“ad-Din” menurut Islam adalah cara hidup yang merangkumi semua lapangan hidup, tidak sekadar kepada ibadat semata-mata.


Firman Allah yang bermaksud;
“Sesungguhnya Agama di sisi Allah adalah Islam”
(Surah Al-Imran : 19)


Imam Ibnu Kathir mengatakan didalam kitab tafsirnya, maksud dengan Islam sebagai agama di sisi Allah adalah mengikuti Rasulallah dalam segala lapangan hidup, semenjak Baginda di bangkitkan hinggalah kewafatan Rasulullah SAW[6].


Memahami konsep agama yang di bahas didalam Islam, difahami bahawa bidaah itu tidak sekadar berlaku dalam perkara yang berkaitan dengan ibadat semata-mata, seperti yang berkaitan dengan solat, zakat, puasa dan sebagainya, tetapi bidaah itu boleh berlaku dalam bentuk yang lebih luas, seperti sistem ekonomi, sistem pendidikan, pemikiran secular, dasar pemerintahan dan sebagainya.


BIDAAH DALAM SISTEM


Didalam sistem pemerintahan juga boleh berlaku bidaah mengikut pemahaman Islam. Ini kerana, kedatangan Nabi SAW di dunia antaranya adalah untuk menukar sistem kehidupan manusia.


Sistem yang di bawa oleh Rasulullah Saw itu merupakan sistem kehidupan yang terbaik di dunia ini, yang menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.


Sistem pemerintahan yang mengenepikan Islam, sistem ekonomi kapitalis, antaranya menaikan harga tol dengan melampau, kenaikan harga minyak dan sebagainya merupakan bidaah yang sesat; wajib kepada kita menyerangnya sehingga titisan darah yang terakhir.


Bidaah didalam ketegori ini adalah bidaah yang telah di sepakati oleh seluruh ulama atas kesesataannya, tanpa seorang pun menyalahinya.


Pernah berlaku di pertengahan 70 an, seorang sosialis di Mesir menyatakan bahawa “tidak mengapa bagi orang yang mengucap syahadah, menunaikan solat, bayar zakat, dan sebagainya bahawa menganut fahaman-fahaman seperti sosialis, kapitalis dan sebagainya”
Kenyataan ini telah di sanggah oleh seluruh ulama Al-Azhar yang dikepalai oleh Syaikh Al-Azhar ketika itu yang bernama As-Syaikh Dr Abdul Halim Mahmood.


UMNO MENGAMALKAN SISTEM YANG BIDAAH DHOLALAH (SESAT)


Di Malaysia, semenjak kemerdekaan lagi, parti yang memerintah adalah UMNO dan Barisan Nasional. UMNO dan Barisan Nasional telah mengamalkan sistem pemerintahan yang bidaah dholalah.


Mereka mengamalkan dasar pemerintahan yang berasaskan kepada secular, dengan “merantingkan” Islam didalam pemerintahan, sedangkan Islam sepatutnya dijadikan sebagai “akar” didalam pemerintahan. Ini di buktikan dengan kewujudan biro agama didalam parti UMNO.


Sistem kapitalis merupakan mata-mata rantai perjuangan yahudi yang telah berjaya di serapkan didalam pemahaman ekonomi umat Islam. Ekonomi kapitalis yang telah menindas rakyat dengan mengenakan berbagai cukai, samada cukai jalanraya, air, api dan sebagainya.


Meriwayatkan hadith oleh Ibnu Abbas, sabda Nabi SAW yang bermaksud;
“muslim berkongsi didalam tiga perkara, iaitu api, air dan rumput. Harganya adalah haram
[7]”


Hadith ini menjadi dalil atas pengharaman cukai kepada perkara-perkara tersebut; air, api dan rumput. UMNO dan Barisan Nasional telah menyanggahi hadith ini dengan menswastakan air dan Api kepada Syabas dan TNB.


Ini merupakan bidaah dholalah didalam sistem ekonomi yang diamalkan oleh UMNO, Barisan Nasional.


PENUTUP


Dari perbahasan ringkas di atas, difahami bahawa UMNO adalah sebuah parti kebangsaan melayu di Negara ini yang telah mengamalkan sistem yang bidaah dholalah, yang selayaknya kita berjauhan diri darinya.


Melawan bidaah yang sesat ini merupakan kewajipan kepada seluruh umat Islam. Dan kita juga dilarang dari bersekongkol dalam menghidupkan pengamalan bidaah tersebut.


Menyokong dan menjadi “barua” umno merupakan bersama-sama dengan UMNO dalam menghidupkan amalan bidaah yang sesat.


Dikisahkan didalam hadith riwayat Al-bukhari, bahawa di akhirat nanti Baginda SAW menerima tetamu dari umatnya di kolam (haudh), lalu datang satu kelompok manusia yang baginda mengenali mereka dan mereka mengenali Baginda SAW, lalu apabila mereka hendak masuk dikawasan kolam (haudh), mereka tertegah daripadanya. Lalu Baginda SAW berkata (kepada malaikat) yang bermaksud;


“(mengapa kamu menegah mereka dari masuk ke kolam (haudh)) sesungguhnya mereka daripada kalanganku? Lalu baginda SAW di beritahu, sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) tidak mengetahui, bahawa mereka telah menukar (hukum, undang-undang, sistem dll) selepas kematianmu. Maka Aku (nabi) berkata; pergi jauh (dari kolam haudh) bagi orang yang telah menukar selepas kematianku[8]”


Menukar sistem nabi, undang-undang nabi dan sebagainya merupakan kezaliman kepada diri sendiri yang mengakibatkan tidak boleh menjadi tetamu nabi SAW di akhirat nanti. Sedangkan kezaliman tidak boleh di sekongkoli.


Firman Allah yang bermaksud;
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka
(Surah Hud : 113)


Maka marilah kita menentang UMNO dan Barisan Nasional dengan sebab UMNO dan BN telah mencetuskan pengamalan sistem pemerintahan yang bidaah dholalah.


Mudah-mudahan dengan tentangan yang kita lakukan terhadap UMNO mendapat pahala yang besar, kerana kita di bawah ketagori manusia yang menghapuskan bidaah yang menyesatkan.
Sekian
One_G


http://us.f364.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

[1] Al-Mustadrak ‘ Ala Sahihain : 1/176. hadith ini di pandang sahih oleh As-Syaikh Albani di dalam kitabnya “As-Salsilah As-Sahihah : 6/324. hadith no 2735.
[2] Al-I’tisam : halaman 12.
[3] Sahih Muslim : 2/705. hadith no : 1017.
[4] As-Sunan Wa Al-Mubtadiat : halaman 11-12.
[5] As-Sunan wa Al-mubtadiat : halaman 13
[6] Tafsir Ibni Kathir : 2/25.
[7] Al-Mu’jam Al-Kabir li at-tibrani : 9/291.hadith no : 10942.
[8] Sahih Al-Bukhari : 6/2587. hadith no : 6643.

*Taklif Laa Tasyrif

Ingat!!! Mesyuarat Tempat meluahkan segala pendapat.. Bukannya mengata di luar mesyuarat..

ALQIADAH :


Jangan Berbangga Dengan Jawatan..


Salam perjuangan buat semua.. Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi..
Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Ikatan Siswa Siswi Islam (IKSIS )..


Justeru itu , Kepimpinan mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang..


Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin dipelbagai peringkat gerakan Islam kampus mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara' , berpandukan petunjuk Al - Quran dan As - Sunnah..


Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan ( tasyrif ) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah ( taklif )..


عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها..


Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."


(Riwayat Muslim)

Berasaskan realiti ini , janganlah sesiapa dikalangan Sahabat Jo memanjat tangga kepimpinan ini dengan gopoh dan rakus. Perhatikan bilah bilah anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkahlah dengan tertib agar tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain .

Apatah lagi dalam keadaan permukaan anak tangga yang licin dan mudah tergelincir. Kesabaran dan kematangan dalam mengambil langkah dan memutuskan sikap adalah dua elemen penting yang dilihat mampu memperkasakan institusi kepimpinan ini..


عن أبى موسى قال: دخلت على النبى صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بني عمي فقال أحدهما: يا رسول الله أمرنا على بعض ما ولاك الله, وقال الأخر مثل ذلك فقال عليه الصلاة والسلام
"إنَّا والله لا نولِّى هذا العمل أحدا سأله أو أحدا حرص عليه

Maksudnya : Dari Abu Musa RA, Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki dari sepupuku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebahagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang tamak utk memperolehinya .

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Janganlah kita menjawat atau menyandang status kepimpinan dengan pengaruh pidato atau populariti , begitu juga tidak dengan pengaruh senioriti dan downline . Sebaliknya sandanglah melalui thiqah atau kepercayaan yang diberikan oleh ahli parti berasaskan kelayakan dan keupayaan syari'e..


Thiqah ini pula bukan dibina melalui penonjolan imej dan pembiayaan komunikasi kita dengan ahli ( kerana ia boleh dilakunkan aksinya menjelang muktamar yang ada pemilihan ) tetapi lahir dari kesungguhan berjuang dan keikhlasan berkorban . Bertunjang pula di atas ketaqwaan yang tinggi dan Himmah yang berwibawa.

Memberi laluan kepada yang layak memimpin dalam keadaan kita adalah calon popular adalah jauh lebih bermaruah daripada kita terus menandingi jawatan kepimpinan tersebut. Tidak memegang jawatan bukanlah bermakna kita tidak boleh menyumbang kepada Islam dan parti yang memperjuangkannya.

Demikian juga mengambil tanggungjawab sebagai seorang pemimpin setelah mendapat thiqah dari ahli dan jamaah adalah mempamerkan ia sebagai seorang pemimpin yang ada kesungguhan berjuang dan himmah yang berwibawa.

Muktamar parti adalah medan untuk bermuhasabah , mengatur strategi , memperkasakan

dalaman parti , membina kader dan memberi amanah kepada yang berhak dan layak . Muktamar jangan sekali kali dijadikan papan percaturan politik peribadi dan kelompok yang sangat dinilai hina oleh syara' .

Perwakilan semestinya matang menilai dan memilih saf kepimpinan yang akan menerajui parti mengharungi badai perjuangan membelah episod cabaran baru dunia global hari ini.
Tidak didorong oleh sebarang sentimen yang asing dari apa yang kita pelajari melalui skima pentarbiyyahan IKSIS , yang kita timba selama ini melalui usrah dan kuliah haraki di pelbagai peringkat.


Calon kepimpinan pula tidak meminta diundi atau dipilih dengan pelbagai penampilan dan lobi yang tidak berasaskan keupayaan dan kelayakkan sebenar. Justeru ia hanyalah hipokritisme yang akan merosakkan parti dan dirinya sendiri..

عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنَّك إن أوتيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها من غير مسألة أعنت عليها

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)


(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)