Selepas solat,yang merupakan rukun islam yang kedua, umat Islam diwajibkan melaksanakan rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Perintah ini adalah berdasarkan penjelasan Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud,"wahai mereka yang beriman,diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka sebelummu semoga kamu bertakwa."
Berpuasa di bulan Ramadhan adalah menyihatkan. Sebagai contoh, pada tahun 1984, Dr.Soliman dari Universiti Hospital di Amman melakukan kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 orang wanita Islam yang berpuasa Ramadhan.Darah mereka diperiksa bagi mengenal pasti kadar cortisol, testosterone,potassium, urea,glucose,cholesterol dan asid lemak. Pada masa yang sama, berat badan mereka ditimbang di awal dan di akhir Ramadhan.
Di Universiti Sains Perubatan Tehran pula, Dr.F.Azizi dan rakan-rakannya membuat kajian ke atas 9 orang lelaki yang berpuasa Ramadhan.Pemeriksaan darah bagi mengukur kadar glucose,bilirubin,calcium,phosphorus, protein,albumin,follicle stimulating hormone,thyroid stimulating hormone,testosterone,prolactin, luteinsing hormone,thyroxine-4 dan thyroxine-3 di lakukan sebelum Ramadhan dan hari kesepuluh, kedua puluh dan kedua puluh sembilan Ramadhan.
Di samping itu, berat badan mereka ditimbang.Ujian-ujian ini menunjukkan puasa menurunkan paras gula di dalam darah ke tahap yang rendah tanpa mendatangkan sebarng kemudaratan.Kadar kolesterol yang memudaratkan iaiti kolesterol LDL(low density lipoprotein) menurun dan sebaliknya kolesterol baik iaitu kolesterol HDL ( high density lipoprotein) meningkat.
Paras lemak di dalam darah secara umumnya juga menurun.Kajian-kajian ini menunjukkan, puasa pada bulan Ramadhan tidak memudaratkan kesihatan.Malah sebaliknya ia memberi kesan yang baik kepada metabolisme badan sekali gus mencegah serangan pelbagai penyakit terutamanya yang berkaitan dengan lebihan gula dan lemak.Hal ini disebutkan di dalam Islamic Perspectives in Medicine oleh Dr.Shahid Athar terbitan American Trust Publications, Indianapolis.









